Saturday, June 23, 2012

jom exchange banner!!! | FREE!!

hasil karya; E-ra paSha pada 1:18 PM 14 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 
salam satu Malaysia semua..
dengan ini!
saya e-ra pasha..
secara rasminya membuka page baru saya kepada halayak ramai!

feewiit!!
page ape??
tapak banner free untuk korang!!
yeahhhh~

tapi korang pon kena amek banner era k!
tepek jela kat mane-mane tempat kat blog korang..

heee..
selalu yang korang nampak berbayar kan?
tapi yang ni free je..
bayar dengan korang amek jugak banner era..(err~ free ke tu?)
haha whatever la..
yang penting x keluarkan duit!
kan3??

untuk lawatan tapak..
korang boleh click link bawah ni k :
~LINK PAGE TERSEBUT~

untuk permulaan ni..
bagi sesape yg nak join mudah je..
just perlu >

#comment di entry ini SAHAJA dan serta kan:
1. Code banner.
2. Link blog.

size banner korang akan era fixed kan kepada 125x125 ok?

contoh nya macam gini >
Photobucket

ok x??
kalau ade yang berminat nah amek banner e-ra :









*Copy And Paste it into your blog ok?:)




NOTA KAKI:
terhad untuk blogger yg awal sahaja!

KORANG DAH TINGGALKAN MAKLUMAT YG ERA NAK..DGN SEPANTAS KILAT ERA AKAN TERJAH BLOG KORANG AND CURI BANNER KORANG PULAK..
ok deal??

15 Anugerah Perempuan yang Allah Berikan

hasil karya; E-ra paSha pada 9:34 AM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
selamat hari sabtu!
hari ini era nak share dengan korang semua mengenai 
keisimewaan PEREMPUAN!


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” 
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Friday, June 22, 2012

Senarai Peserta "CONTEST: Muka Marah Paling Cute" (UPDATED)

hasil karya; E-ra paSha pada 1:59 PM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 
ok kat bawah ni e-ra akan listkan senarai para perserta yang dah join contest yang e-ra organisekan bersama beberapa orang sponsor lainnya..

jom kita sama-sama blogwalking tengok muka mara tapi cute mereka!

SENARAI PESERTA :

5. http://nadiahpuyad.blogspot.com/2012/06/contest-muka-marah-paling-cute.html (nadiah)
6. http://zatilhulwaniabdullatif.blogspot.com/2012/06/contest-muka-marah-paling-cute.html (kak bunga)
7. http://ciklilisdot.blogspot.com/2012/06/contest-muka-marah-paling-cute.html (cik lilis)
8. http://nono-hakuren.blogspot.com/2012/06/contest-muka-marah-paling-cute.html (nono lu)
9. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2012/06/contest-muka-marah-paling-cute.html (joelleslie)
10.  http://liyana-fauzi.blogspot.com/2012/06/contest-muka-marah-paling-cute.html (yana)
11. http://tashaleya.blogspot.com/2012/06/contest-muka-marah-paling-cute.html (tasha leya)
12. http://www.dieyaworld.com/2012/07/contest-muka-marah-paling-cute.html (dieya)
13. http://penggapai.blogspot.com/2012/07/muka-marah-paling-cute.html (penggapai impian)
14. http://www.dieyaworld.com/2012/07/contest-muka-marah-paling-cute.html (dieya)
# anda ?

finally! e-ra bakal bergelar mahasiswi

hasil karya; E-ra paSha pada 12:47 PM 2 000 orang nak tahu rahsie e-ra
salam jumaat semua...
ok ini merupakan entry paling ringkas dan padat! (ahaha..malas sbenonye)

alhamdulillahhh..
dulu e-ra selalu berangan nak bergelar mahasiswi kn?
almaklumlaa..
ramai blogger di luar sane merupakan seorang mahasiswi dan mahasiswa..

pejam celik3....
dah tibe mase e-ra pula nk bergelar mahasiswi..
insyaALLAH jika tiada apa2 aral melintang..
3/7 ni e-ra akan melanjutkan pelajaran di
kolej profesional mara,bandar penawar..
(diploma in accountancy)



yeaa!
x sabar nak jadi mahasiswi..
harap semuanya berjalan dengan lancar..
AMIN!!!


NOTA KAKI:
barang2 smue dh ready! yea~

Thursday, June 21, 2012

#spontaneous thursday : THOUSAND YEARS!

hasil karya; E-ra paSha pada 9:13 PM 3 000 orang nak tahu rahsie e-ra

NOTA KAKI:
baru lepas layan lagu thousand years..gini la jd nye..
hahaha..
i love u syahmi meon

Monday, June 18, 2012

Tips Supaya Boyfriend Cepat Masuk Meminang Korang!!

hasil karya; E-ra paSha pada 10:59 PM 3 000 orang nak tahu rahsie e-ra
cuba tengok gambar ini>
ok tu dalam paper harian metro..
x salah kan kalau nak kawin cepat?
pada e-ra ok je..
asalkan korang betul2 yakin..
dan korang memang bole bahagikan masa dengan betul..

so nak tips untuk boyfie korang cepat masuk minang korang??
teruskan baca..

  • TIPS 1: Puji pasangan anda. Ringan-ringankan mulut anda untuk sentiasa memuji dan kagumi teman lelaki anda. Nytakan anda sukakan sifat-sifatnya dan dirinya. Katakan juga dialah pasangan anda yang terbaik dalam hidup serta buat diri anda yang boleh membimbing dan memberi kebahagiaan kepada anda.
  • TIPS 2: Beri sokongan 110% kepada kerjaya atau kerja yang diceburi oleh teman lelaki anda. Ini boleh menaikkan lagi semangat dirinya untuk cepat-cepat mendirikan rumahtangga bersama anda kerana dia tahu anda yakin dengan dirinya. Ingat, kejayaan pasangan anda adalah kejayaan buat diri anda juga. Anda harus bersedia berkongsi hidup dan dari segi kerjaya bersama. Sekurang-kurangnya nyatakan yang anda memang boleh terima kerjaya dia.
  • TIPS 3: Tunjukkan minat yang mendalam perkara -perkara tentang perkahwinan. Anda boleh bincangkan perkara berkaitan rumahtangga, beri pendapat dan sebagainya. Satu teknik yang mudah untuk anda lakukan ialah berkongsi artikel-artikel berkaitan perkahwinan yang anda baca di blog-blog (Blog KursusPerkahwinancontohnya) atau majalah-majalah berkaitan perkahwinan.
  • TIPS 4: Ambil berat tentang diri pasangan anda. Sayangilah dia sepenuh hati anda, rela berkorban apa sahaja dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Prihatin terhadap segala aspek diri pasangan anda. Jika anda lihat dia agak sedikit tidak bersemangat, naikkan motivasi diri dia.
  • TIPS 5: Cari peluang untuk menjemput teman lelaki ke rumah anda untuk bertemu dengan ahli keluarga anda. Jika keluarga anda ada membuat sebarang majlis keramaian seperti majlis hari jadi, kenduri-kendara, Mother’s Day atau Father’s Day dan sebagainya. Ini boleh menunjukkan yang anda semakin serius dan yakin untuk mendirikan rumahtangga. Selain itu, boleh lah anda merapatkan lagi hubungan teman lelaki anda bersama keluarga anda.
  • TIPS 6: Sekali-sekala berborak mengenai perancangan perkahwinan anda atau pelan jangka masa panjang anda dalam membina keluarga. Ini boleh membuatkan hatinya tersentuh dan akan menambahkan lagi minatnya ingin berumahtangga bersama anda.
  • TIPS 7: Tujukkan diri anda kepada teman lelaki anda yang anda memang benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seterusnya sebagai seroang bakal ibu kelak. Pamerkan sifat-sifat diri anda yang penyayang, matang, bijak membuat keputusan serta boleh berdikari.

e-ra harap..
semua mendapat jodoh yang terbaik untuk korang semua..

apa-apa pun jodoh di tangan ALLAH s.w.t 
kite sebagai manusia hanya mampu merancang..
Dia yang tentukannya..

jom kita sama-sama menadah tangan dan berdoa :
Doanya:

"ALLAHUMMAB'ATS BA'LAN SHOOLIHAN LIKHITHBATHII WA'ATTHIF QOLBAHU 'ALAYYA BIHAQQI KALAAMIKAL QODIIMI WABIROSUULIKAL KARIIMI BI ALFI ALFI LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM WA SHOLLALLOOHU 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA'ALAA AALIHII WA SHOHBIHI WA SALLAMA WALHAMDULILLAAHIROBBIL 'AALAMIIN."

Ertinya :

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."


NOTA KAKI:
oh my mr jantung hati ku....
bile nk meminang e-ra ni?? hahaha

sebab kenapa penjara pudu DITUTUP !! | kisah benar

hasil karya; E-ra paSha pada 9:04 PM 3 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 

FAKTA YG MENGEJUTKAN!! 

Harus semua ambil iktibar...

SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. 

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. 

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " 

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

NOTA KAKI:
hahahaha e-ra pon terkena..
sebab tu nak share dekat korang semua..
chill k!!

Saya Mahu T-Shirt Bride & Groom Tu

hasil karya; E-ra paSha pada 1:39 PM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 

jom join!!
klik banner di atas~

kebaikan senyum =)

hasil karya; E-ra paSha pada 12:29 PM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 
adakah korang semua tahu akan kebaikan SENYUM???
 senyum..tak perlu kata apa-apa~

tengok!
burung pon tahu senyum..
korang dah senyum belum?

jom e-ra kongsikan tentang kebaikan SENYUM..

1. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

so..
sekarang korang dah tahu kan..
senyuman memberi bayak manfaat kepada kita..
so jom ramai2 kita senyum dengan e-ra!


NOTA KAKI:
senyum tu pon sedekah jugak tau~ 

Sunday, June 17, 2012

really MISS!!

hasil karya; E-ra paSha pada 10:58 PM 3 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 

NOTA KAKI:
nak demam..+pening kepale
miss him ~

2012 kiamat?? TIPU!

hasil karya; E-ra paSha pada 10:10 PM 1 000 orang nak tahu rahsie e-ra

Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun ni kan??
JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam

... ... ... ... ... ... ... ...

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Kita selalu kirim ribuan bende kat facebook, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"

--------------------
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"."
Al-A'raaf , 187
--------------------


SUMBER : Islam Iman Ihsan


Saturday, June 16, 2012

selamat hari bapa AYAH!

hasil karya; E-ra paSha pada 9:17 PM 1 000 orang nak tahu rahsie e-ra
selamat malam semua..

yeaaaaaa!!
hari bapa!!!

tugas-tugas dan jasa seorang bapa atau ayah sangat bermakna buat semua anak-anak di muka bumi ini..
kasih sayang dan pengorbanan beliau juga tidak terhingga!
so era nak ucapakn SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa di luar sana khususnya ayah era sendiri,
EN MOHD SENI BIN KATAMAN..

semoga di hari bapa kali ini..
ayah akan selalu jadi ayah yang cool..
dan sentiasa sayang kn anak-anaknya~AMIN!!

Friday, June 15, 2012

kenali gaya tidur anda!

hasil karya; E-ra paSha pada 1:32 PM 5 000 orang nak tahu rahsie e-ra
holla2!!!
selamat tengah hari semua..
hari ini era nak sharekan dengan korang semua..
ini>
korang punya gaya tidur yang mana satu?? jom share!!

era punye no 9! 
hahaa mesti kena ada bantal peluk~

Birthday GiveAway And Up Your Follower by Ainie

hasil karya; E-ra paSha pada 1:27 PM 9 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 
click banner untuk join!

tag:

tutup:
15/7/12

hantu mengiringi videoclip ini !

hasil karya; E-ra paSha pada 12:15 PM 3 000 orang nak tahu rahsie e-ra
selamat hari jumaat semua..
pagi tadi era terajin tengok u-tube..
saje2 nak berkaraoke..
tibe2 terpandang lak hantu dalam 1 video clip..
tengok ni>


tak percaya?
tengok sendiri..
video clip:

PENYANYI: NANA & ACHIK
LAGU: ADAT BERKASIH

NOTA KAKI:
hantu pon nk enterframe jgk~

Wednesday, June 13, 2012

#2 wordless wednesday : era pasha jadi secretary syarikat sekarang!!

hasil karya; E-ra paSha pada 9:08 PM 3 000 orang nak tahu rahsie e-ra
era paling muda disitu~!

NOTA KAKI:
ikot ayah lawan tender di POLITEKNIK KAMPUS TETAP,JALAN NITAR,MERSING..
sekarang dah dapt pengalaman macam mane lawan tender!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

akulah E-ra paSha*_* Copyright © 2012 Design and Graphic by E-ra Pasha Template