Friday, August 17, 2012

Tips SELAMAT di jalan raya..

hasil karya; E-ra paSha pada 9:19 PM 2 000 orang nak tahu rahsie e-ra


Setiap kali tiba musim perayaan, kadar kemalangan jalan raya dilaporkan terus meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:

1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2. Ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragakagak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.

9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .

16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.

8 Langkah Keselamatan Jalan Raya 

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.


SELAAMT HARI RAYA!!

hasil karya; E-ra paSha pada 1:50 PM 2 000 orang nak tahu rahsie e-ra
(picit untuk tumbesaran)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
e-ra nak mintak maaf kepada semua follower n reader setia di blog e-ra..
maaf sangat kalau2 ada entry atau hasil tulisan e-ra yang mengguris mana2 pihak..
e-ra just nak menyuarakan pendapat e-ra sahaja..

so harap tak de la yang korang simpan dalam hati ye..
bagi some blogger yang sempat buat e-ra marah sebab tindakan kurang menyenangkan..
e-ra dah pun maafkan..
(jangan buat lagi ye..nanti e-ra mara lg! heee)

lastly..
bagi yang balik raye jauh tu..
hati-hati dijalan raye..
jangan bawak kete laju..
"biar lambat asalkn selamat"
ingat orang yang tersayang..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR BATIN~

Wednesday, August 15, 2012

Doa bila senggugut | perempuan sahaja!

hasil karya; E-ra paSha pada 9:00 PM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 
senggugut???
perkataan ni sinonim dengan perempuan yang sedang period kan??
ade sesetengahnya bila terkena senggugut ni boleh sampai pengsan!
(macam membe e-ra)

e-ra pon selalu senggugut jugak..
namun masih x tahu macam mane nak hilang kannya...

dok syok belek2 FB td..
terpandang 1 image yang mengandungi doa untuk mengatasi penyakit ini..

jom usha:

sumber:

*NOTA KAKI:
e-ra nak try jugak la..hehe
kot2 mujarab =)

Saturday, August 11, 2012

Pengumuman Pemenang CONTEST: MUKA MARAH PALING CUTE !!

hasil karya; E-ra paSha pada 9:03 PM 3 000 orang nak tahu rahsie e-ra
salam ramadhan semuaaa..
alhamdulillah tinggal seminggu je lagi kite nak raye kan??

ok x nak panjang2 membebel..
e-ra nak terus umumkan pemenang bg contest yang e-ra anjurkan..
contest ni diadili oleh mr random!

so korang boleh semak no peserta korang di SINI !!

bagi pemenang 1,2, dan 3 sila lapor diri kepada e-ra pasha di fanspage..

bagi pemenang saguhati boleh berhubung terus dengan sponser :
or

PEMENANG UTAMA


PEMENANG KE-2


PEMENANG KE-3


SAGUHATI





..............................................................................................

ok itu sahaja para pemenang nye~
bagi sesapa yang menang tu TAHNIAH!
bagi sesapa yg join tu TERIMA KASIH!
bagi sesapa yg kalah tu JANGAN KECIK HATI!
bagi sesapa yg x join tu JOM BW!

tlg berikerjasama k..

TERIMA KASIH BANYAK2....
kepada semua yang menjaya kan contest ini..
kalau ada rezeki lagi..
insyallah e-ra akan adakan contest lagi..
hope lagi ramai yang akan join ye =)

teima kasih kepada mr random yang menjadi juri e-ra untuk contest ini..
nak try jugak?

Friday, August 10, 2012

Petua Menambat Hati Isteri!!

hasil karya; E-ra paSha pada 10:31 PM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
SETIAP pasangan suami isteri pastinya inginkan rumah tangga mereka sentiasa harmoni dan bahagia. Berikut beberapa petua kepada suami untuk menambat hati isteri, seterusnya mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama mereka.
 
1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Apabila balik rumah, tegur dansentuh isteri sebelum buat kerja lain.
 
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
 
4. Berlatih untuk mendengar dengan baik.
 
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
 
6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

8. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.

9. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.)

10. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

13. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

14. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak boleh dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Juga maklumkan anda perlu bersendirian untuk berfikir.

16. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.

18. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan

19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.

20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

21. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu aku cinta padamu.

22. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.

23. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

24. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.

25. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

26. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

27. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

28. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

29. Bawa pulang ole-ole, kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

30. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

31. Jika keluar daerah, telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

32. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

33. Sokong pendapat isteri kalau dia bertentangan pendapat dengan orang ain.

34. Urut-mengurut isteri dari semasa ke semasa.

35. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

36. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

37. Jangan tukar-tukar saluran televisyen apabila menonton bersama isteri.

38. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

39. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

40. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.

41. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

42. Sabar jika isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

43. Beri perhatian lebih pada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.

44. Lebihkan isteri daripada anak-anak.

45. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

46. Beri tindak balas positif apabila mendengar isteri bercerita.

47. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.

48. Masuk tidur serentak. Jangan tunggu program televisyen habis baru masuk tidur.

49. Belai isteri sebelum pergi kerja.

50. Cuba ketawa apabila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

51. Ucapkan terima kasih terhadap setiap khidmat yang isteri berikan.

52. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

53. Lakukan riadah bersama isteri.

54. Pergi berkelah sekali-sekala.

55. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

Thursday, August 9, 2012

CONTEST : muka marah paling cute

hasil karya; E-ra paSha pada 11:58 PM 17 000 orang nak tahu rahsie e-ra
#sticky post
scroll ke bawah untuk entry yang terbaru!
Nak hadiah dengan mudah????
so jom join 1st contest yang e-ra buat..
senang je nak join..

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI:


PEMENANG UTAMA

# 1 helai tudung dari butik pinkku
# 1 animated header..(ikot selera korang)
# full title sidebar bergambar..(ikot selera korang)
# 1 album international (inggeris) mp3..(boleh pilih)
# topup RM10 (digi/celcom/maxis)

PEMENANG KE-2

# 1 helai tudung dari butik pinkku
# 1 header transparent biasa..(ikot selera korang)
# 1 album international (inggeris) mp3..(boleh pilih)
# topup RM5 (digi/celcom/maxis)

PEMENANG KE-3

# 1 helai tudung dari butik pinkku
# 1 album international (inggeris) mp3..(boleh pilih)
# topup RM5 (digi/celcom/maxis)

SAGUHATI

# topup RM5 untuk orang..(digi/celcom/maxis)






SYARAT-SYARAT :


1. Wajib LIKE & FOLLOW blog saya dan sponsor :


Blog Saya:


(follow)e-ra pasha
(like)fan page


Blog Sponsor:


(follow)syahmi meon
(like)fan page


(follow)mr & mrs s
(like)fan page

(follow)sasau movie
(like)fan page

(follow)cik sofa
(like)fan page

(follow)butik pinkku
(like)fan page


2. Buat satu entry yang bertajuk "CONTEST : muka marah paling cute" .


3. Wajib letak banner di atas dalam entry anda dan jangan lupa backlink ke entry ini.


4. Masukkan SATU gambar muka marah paling cute anda.


5. Sila hantar link entry anda di comment entry ini SAHAJA.


TARIKH TUTUP:
8 OGOS 2o12


~SENARAI PESERTA (UPDATED)~


NOTA KAKI:
jika ada yang ingin sponser sangat di alu-alukan !!
(boleh beritahu e-ra..insyallah anda turut mendapat manfaatnya juga)


e-ra akan check sesape yang x ikut syarat yang ditetapkan,
era akan batalkan penyertaannya..ok?
(x bek tipu-tipu naaaa =P)


terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat




~TERIMA KASIH~

Wednesday, August 8, 2012

contest muka marah di PANJANGKAN MASE!!

hasil karya; E-ra paSha pada 11:58 PM 1 000 orang nak tahu rahsie e-ra
#sticky post
scroll ke bawah untuk entry yang terbaru!
 



salam e-ra nk beritahun korg semua yg e-ra nk tunda CONTEST : MUKA MARAH PALING CUTE yg tamat pada 21/7/2012 kepada 8/8/2012 sebab ada masalah yg x dpt di elakkn.. e-ra mintak maaf sangt sebb terpaksa tunde contest ini..
kepada sape2 yg teringin tapi belum berkesempatan nk join bole lah join lagi..
gud luck sume!!
p/s: mtk maaf sbb e-ra trpdm gmbr banner contest.. nie e-ra upload yg bru.. so, banner yg x de tu e-ra msih lg terima peyertaanny.. tq 
 

CONTEST : muka marah paling cute | TAMAT !!!

hasil karya; E-ra paSha pada 12:00 AM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
selamat malam readers2!
entry kali ni special untuk blogger2 yg dah berbaik hati nak join contest yang e-ra buat bersama beberapa sponser..

hari tu e-ra janji kan contest ini akan tamat pada 
8/8/2012 jam 12.00 a.m. kan?
(tengok jam cepat)

dengan ini secara rasminya 
E-RA TUTUP PENYERTAAN UNTUK CONTEST INI!!

alhamdulillah..
walaupun ciputtt je yang join..
ade jugak la kan yang sudi join?
heee
so jangan risau..
tak rugi sesape yang join tu k..
insyallah korang akan dapat kebaikannya..

BILE NAK UMUMKAN KEPUTUSAN CONTEST???

e-ra dan sponser da decide untuk mengumumkan pemenang contest pada:
11/8/2012 (SABTU)

bagi sesiapa yang dah join tu plez sila ALERT K!!

~terima kasih atas penyertaan anda !!~

Saturday, August 4, 2012

befday e-ra pasha hari ni!!

hasil karya; E-ra paSha pada 1:17 AM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 
happy birthday E-RA PASHA!!!!!!!!!!!!!
heheheheheheheh

yeaaaaa
da genap 18 tahun lahir ke dunia ini..
alhamdulillahhhh..

1stly..
nak ucap ribuan terime kasih atas clbration befday e-ra utk tahun ni!
mr jantung hati banyak sangat keluarkan duet untuk befday e-ra tahun ni..
tq ucuk!

2stly..
tq 2 my roomate..
alia..ina n elida yg dah mandikan e-ra malam2 macam ni..
(x pasal2 mandi malam2)

befday tahun ni memang befday the best dalam hidop e-ra!!
syg ucuk n my roomate ketad2!!!!

*mama n ayah tunggu turn nak celebrate befday e-ra..
ayah tanye nak hadiah ape..
bole bg suggestion nk mntak ape? hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

akulah E-ra paSha*_* Copyright © 2012 Design and Graphic by E-ra Pasha Template