gegata?
pernah tahu apa itu gegata?
pernah mengalami gegata sampai anda rasa takut dengan badan sendiri?
(hehe..)
lebih kurang macam gini la :
(bukan badan e-ra ok! )
e-ra pernah!
e-ra pernah!
malam tadi tiba2 terkena penyakit yang orang sebut "gegata",,
pada mulanya hanya terasa gatal atau miang pada badan yang menyebabkan e-ra menggaru..namun 2-3 jam selepas itu satu badan e-ra menjadi merah dan bengkak..
(takut tgk badan sendiri dah macam isi ketam kena rebus)
masalah terjadi mungkin berpunca daripada beberapa faktor...
tp!!
jangan takut dan jangan panik, ada ubatnya..
so jom e-ra kongsikan ilmu yang e-ra dapat kepada pembaca semua..
Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.
Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.
Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas
Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.
Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.
Punca-punca atau penyebab
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari
Rawatan
1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.
2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.
Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai.
sumber : drhassanbasri.blogspot.com
0 000 orang nak tahu rahsie e-ra: