Sunday, January 2, 2011

Al-Fatihah

hasil karya; E-ra paSha pada 11:09 AM
Tahun 2011 dikejutkan DENGAN BERITA SEDIH KEMATIAN PELAKON SERBA BOLEH YANG TERKENAL DENGAN FILEM SLOT ADAMAYA. FAIZAL YUSOF (DANI) TELAH SELAMAT KERAHMATULLAH PADA 01.01.2011 LEBIH KURANG PUKUL 2.30 PTG DI PUSAT RAWATAN ISLAM (PUSRAWI) AKIBAT SERANGAN JANTUNG. BAGI PEMINAT TANAH AIR SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH BUAT BELIAU...

 Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang semalam
faizal yusof yang merupakn salh 1 pelakon filem adamaya pernah mngadu pd Nana(bekas isterinya) bhwa beliau sakit jantung..

ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya. Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu. Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson. Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.



               (gambar2 kenangan semasa arwah masih bersama kita)..
SEMOGA ARWAHNYA DICUCURI RAHMAT N DITEMPATKAN DI SISI OWG2 BERIMAN..AMIN

0 000 orang nak tahu rahsie e-ra:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

akulah E-ra paSha*_* Copyright © 2012 Design and Graphic by E-ra Pasha Template