ASSALAMMUALIKUM..
hollaaaa3..
selamat hari jumaat semua..
e-ra harap korang semua berada dalam keadaan sihat selalu..
(uhuuk3..e-ra pulak yang demam)
ok3..
back to our topic today..
"ADAB BERHIAS DIRI"
e-ra bukan lah nak kate yang care e-ra berhias diri ni betul 100%..
tapi same-same lah kita saling
mengingatkan antare 1 sama lain ye =)
Maksud berhias diri
penjagaan anggota badan,cara berpakaian,
memakai bau-bauan atau barang perhiasan dan sebagainya.
Adab berhias diri
*Mengamalkan amalan mandi dalam kehidupan seharian.
*Sentiasa menggosok gigi dan bersugi.
*Menyikat rambut supaya kelihatan kemas.
*Memotong kuku.
*Memakai pakaian menutup aurat.
Sebab masih terdapat orang yang tidak menjaga kekemasan diri.
*Tidak menghayati ajaran islam yang sebenar.
*Menganggap menjaga kekemasan diri sebagai suatu yang remeh.
Garis panduan adab berpakaian menurut islam.
*Berniat untuk menzahir dan mensyukuri nikmat Allah swt.
*Bukan bertujuan berbangga diri.
*Tidak jarang yang menampakkan aurat.
*Tiadak menyerupai pakaian upacara agama bukan islam.
Amalan berhias diri yang dilarang
*Memakai emas dan sutera tulen bagi lelaki.
*Berpakaian berlawanan jantina.
*Menyambung rambut.
*Membuat tatu.
*Pembedahan anggota badan bagi tujuan KECANTIKAN.
Sebab masih terdapat umat islam yang berhias diri tidak mengikut syariat.
*Terpengaruh dengan faktor persekitaran/fesyen barat/media
*Naluri ingin nampak cantik.
*Jahil tentang hukum/kurang pengetahuan agama.
Hikmah beradab dalam berhias diri.
*Disukai Allah swt dan manusia
*Menjauhkan diri daripada kehinaan.
*Menjaga maruah diri dan agama.
*Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah swt.
DILARANG!!!
(membuat tatu)
(tutup aurat ke mcm ni??)
(jangan buat sanggul tinggi2)
*NOTA KAKI:
e-ra harap dengan entry ni same-same lah kite untuk memperbaiki
care berhias diri kite ye..
sesungguh nya manusia itu tidak sempurna..
tetapi berusahalah untuk menjadi sempurna..(mengikut kemampuan diri)~
JUMPA DILAIN ENTRY..
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA~
ASSALAMMUALAIKUM