Monday, April 30, 2012

gaji minimum sektor swasta =)

hasil karya; E-ra paSha pada 10:05 PM
Cadangan gaji minimum RM900 | Gaji Minimum Swasta | Tarikh Pelaksanaan Gaji Minimum- Cadangan gaji minimum yang telah diputuskan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan dibentangkan dikabinet hari ini (4 Januari 2012) dan dijangka boleh dilaksanakan atau dikuatkuasakan pada julai 2012.Dengan perlaksanaan gaji minimum ini akan memberi manfaat kepada lebih lima juta pekerja sektor swasta termasuk tenaga asing di pelbagai industri termasuk perladangan serta pembinaan kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja dalam latihan.

Pelaksanaan gaji minimum mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing, selain mampu menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam negara.Menurut sumber MTUC kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar pada tahun 2010.MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili pekerja sektor swasta negara, memperjuangkan isu gaji minimum sejak 1999 bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji di bawah paras kemiskinan.

Sumber BH Online


0 000 orang nak tahu rahsie e-ra:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

akulah E-ra paSha*_* Copyright © 2012 Design and Graphic by E-ra Pasha Template