Friday, February 11, 2011

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~

hasil karya; E-ra paSha pada 7:38 PM





ASSALAMUALAIKUM..
seperti biasa..e-ra nk share serba sedikit pngetahuan e-ra dgn korang smua..
sebalum 2 e-ra ade 1 tragedi berkaitan topic entry e-ra ary nyh..


PAGI KHAMIS (10/2/2011)

seorng guru tlah mnyuruh plajarnya membina 48 ayt (bhsa inggeris) hnya dlm masa 30 mnt..
(soalan y sgt mncabar)

MADAM A : O.K now is 10.40 a.m..how about ur homework??did u finish it??
STUDENT J : no madam,we did't finish it yet..
MADAM A : then???? when u all will passd up the book 2 me??
STUDENT J : next week..on wednesday madam..
MADAM A : huhh?? next wednesday??? i think u should pssd up the book on monday!!
STUDENT J : sorry teacher..we cant passd up the book on monday..
MADAM A : so..can u give me the reason..why i should hve ur book on wednesday not on monday??
STUDENT J : err ~~ err ~~ bcoz..bcoz..on monday we should celebrte the VELENTINE DAY madam..
MADAM A : what??? (shock suddently)
STUDENY J : why teacher??

madam A terdiam seketika,lalu berkataaaa.............

guys tht u know what the REAL MEANING 4 VELENTINE DAY???
(madam A strt expln mnggunakan bahasa melayu......)
Jawapan terhadap pernyataan ini dari beberapa pandangan:
1. Hari raya dalam Islam adalah ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hari raya merupakan salah satu syiar agama yang agung. Sedangkan dalam Islam, tidak ada hari raya kecuali hari Jumaat, Idul Fitri, dan Idul Adha. Perkara ibadah harus ada dalilnya. Tidak boleh seseorang membuat hari raya sendiri, yang tidak diisyariatkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w.
Berdasarkan hal ini, perayaan Hari Kasih Sayang ataupun selainnya adalah perbuatan mengada-adakan dalam agama, menambahi syariat yang diturunkan Allah SWT, Zat yang telah menetapkan syariat.
2. Perayaan Hari Kasih Sayang merupakan bentuk tasyabbuh (menyerupai) bangsa Rom penyembah berhala, juga menyerupai kaum Nasrani yang meniru mereka, padahal ini tidak termasuk (amalan) agama mereka.
Ketika seorang Muslim dilarang menyerupai kaum Nasrani dalam hal yang memang termasuk agama mereka, maka bagaimana dengan hal-hal yang mereka ada-adakan dan mereka menirunya dari para penyembah berhala?
Seorang Muslim dilarang menyerupai orang-orang kafir sama ada penyembah berhala ataupun ahli kitab dalam hal akidah dan ibadah, mahupun dalam adat yang menjadi kebiasaan, akhlak, dan perilaku mereka. Allah SWT berfirman:
"Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat." (Ali Imran : 105)
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka)? Dan jangalah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (Al Hadid : 16)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Riwayat Ahmad, 3/50, dan Abu Dawud, no. 5021)
Tasyabbuh (menyerupai) orang kafir dalam perkara agama mereka di antaranya adalah Hari Kasih Sayang-lebih berbahaya daripada menyerupai mereka dalam hal pakaian, adat, atau perilaku. Kerana agama mereka tidak terlepas daripada tiga hal: yang diada-adakan, atau yang telah diubah, atau yang telah dihapuskan hukumnya (dengan datangnya Islam). Sehingga, tidak ada sesuatupun dari agama mereka yang boleh menjadi amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
3. Tujuan perayaan Hari Kasih Sayang pada masa ini adalah menyebarkan kasih sayang di antara manusia seluruhnya, tanpa membezakan antara orang yang beriman dengan orang kafir. Hal ini menyelisihi agama Islam. Hak orang kafir yang harus ditunaikan umat Islam adalah bersikap adil dan tidak menzaliminya. Dia juga berhak mendapatkan sikap baik apabila masih mempunyai hubungan silaturahim dengan syarat: tidak memerangi atau membantu memerangi kaum Muslimin. Allah SWT berfirman:
"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (Al Mumtahanah : 8)
Bersikap adil dan baik terhadap orang kafir tidaklah bermaksud mencintai dan berkasih sayang dengan mereka. Allah SWT bahkan memerintahkan untuk tidak berkasih sayang dengan orang kafir dalam firman-Nya:
"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka." (Al Mujadilah : 22)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata:
"Sikap tasyabbuh akan melahirkan sikap kasih sayang, cinta dan kesetiaan di dalam batin. Sebagaimana kecintaan yang ada di batin akan melahirkan sikap menyerupai." (Al-Iqtidhak, 1/490)
4. Kasih sayang yang dimaksud dalam perayaan ini semenjak dihidupkan oleh kaum Nasrani adalah cinta, rindu, dan asmara di luar ikatan pernikahan. Hasilnya, tersebarnya zina dan kekejian, yang kerananya pemuka agama Nasrani pada waktu itu menentang dan melarangnya.
Kebanyakan pemuda Islam merayakannya kerana menuruti syahwat, dan bukan kerana keyakinan khurafat sebagaimana bangsa Rom dan kaum Nasrani. namun hal ini tetaplah tidak boleh menafikan adanya sikap tasyabbuh (menyerupai) orang kafir dalam salah satu perkara agama mereka. Selain itu, seorang Muslim tidak diperbolehkan menjalin hubungan kasih sayang dan cinta dengan soerang wanita yang tidak halal baginya, yang merupakan pintu menuju zina.
Sikap Umat Islam Sewajarnya
1. Tidak ikut merayakannya, menyertai orang yang merayakannya atau menghadirinya.
2. Tidak membantu atau menyokong orang kafir dalam perayaan mereka, dengan memberikan hadiah, menyediakan peralatan untuk perayaan itu dan syiar-syiarnya atau meminjamkannya.
3. Tidak membantu umat Islam yang terikut-ikut merayakannya. Bahkan ia wajib mengingkari mereka, kerana umat Islam yang merayakan hari raya orang kafir adalah perbuatan mungkar yang haru diingkari. Dari sini, umat Islam tidak boleh pula menjual hadiah bertemakan Hari Kasih Sayang, baik pakaian tertentu, mawar merah, kad ucapan selamat atau lainnya. Kerana memperjualbelikannya termasuk membantu kemungkaran. Sebagaimana juga tidak boleh bagi orang yang diberi hadiah kasih sayang untuk menerimanya. Kerana menerimanya mengandung makna persetujuan terhadap perayaan ini.
4. Tidak memberikan ucapan Selamat Hari Kasih Sayang, kerana hari itu bukanlah hari raya umat Islam. Dan apabila seorang Muslim diberi ucapan selamat Hari Kasih sayang, maka dia tidak boleh membalasnya.
5. Menjelaskan hakikat perayaan ini dan hari-hari raya orang kafir yang semisalnya, kepada umat Islam yang tertipu dengannya.

Fatwa juga telah dikeluarkan..
KEPUTUSAN FATWA
Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
”  Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
والله أعلم بالصواب
NOTA :  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
MADAM A : so now..tht u undrstand why we cnt celebrte VELENTINE DAY???
STUDENT J : yes madam,i'm sory..i'll pssd up the book on monday..and never celbrte it again..
MADAM A : good!!..ok stdent..time's up..hve ur resest..and don't forgt 2 pssd up ur book on monday.
MONITOR : stand up class..thank u madam!!
MADAM A : thank u class..
*THE MORAL VALUE HERE>>as a muslim..ehh pasal e-ra spekng lk nyh??heheh sklali-skla spekng ape slh nye an??ok laa moral value dr situasi ini ialh >>
  • JGN MERAYAKAN HARI KEKASIH !!
  • JGN TERPENGARUH DGN BUDAYA BARAT..
  • BERPEGANG TEGUH PADA AJARAN ISLAM YG SEBENAR..
  • MENGAKUI KESALAHAN YG KITA LAKUKAN..& MNTA MAAF..
  • MENEPATI JANJI..


OK JOM JOIN KEMPEN INI!!!MARILAH KITA SEMUA SEBAGAI MUSLIM,, MNYEDARKAN KAWAN2 SEAGAMA KITA YANG LAIN BAHAWA,,HARAM MNYABUT HARI KEKASIH!!
 stkt itu shja entry tok hari ini k..smoge bjmpe d lain entri..

BAK KATA DATOK DR.FADZILAH KHAMSAH>>>RENUNG2 KAN..DAN SELAMAT BERAMAL..





5 000 orang nak tahu rahsie e-ra:

Sunah Sakura on February 11, 2011 at 9:04 PM said...

rajinnye dia..jum join KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~ letak entry sedia ada ni pun bole~ :)

Unknown on February 11, 2011 at 11:33 PM said...

punye la panjang cite dye.
upenye nak cakap hari valentine tuh haram.
thanx for the info dear :)

E-ra paSha on February 12, 2011 at 5:05 PM said...

SUNAH MOHAMMAD> ok e-ra da join kempen 2..=)

BIEHA-CHAN>wC..=)

Sunah Sakura on February 12, 2011 at 8:58 PM said...

thanks dear~ ;)

Sunah Sakura on February 15, 2011 at 4:26 PM said...

salam maulidur rasul e-ra~

Penghargaan Untuk Kempenner~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

akulah E-ra paSha*_* Copyright © 2012 Design and Graphic by E-ra Pasha Template