Thursday, May 31, 2012

menu petang : kek pisang kukus by e-ra pasha

hasil karya; E-ra paSha pada 3:17 PM 1 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 
yeaaaa..
minom petang hari ni e-ra buat kek pisang kukus pulak!
alhamdulillah sekali try terus jadi..
cun!


jom try jugak..

Bahan-Bahan
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur gred A
  • 3/4cwn gula
  • 1 sudu kecil ovalette (saya tambah)
  • 1 cwn pisang dilecek
  • 3/4 cwn minyak masak
  • 1 sudu kecil esen pisang
Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder .Ketepikan dulu.
  2. Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang. Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul2 kembang.
  3. Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. Akhir sekali tambahkan esen pisang.
  5. Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega. Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.

SELAMAT MENCUBA!
SEDAPPPPPP~

NOTA KAKI:
mr jantung hati dah order..die nak jugak..
hee~ esok k sy buat kan untuk awak pulak..

singnature-2.png (300×100)

menu tengah hari : ayam goreng lada hitam by e-ra pasha

hasil karya; E-ra paSha pada 12:06 PM 2 000 orang nak tahu rahsie e-ra

selamat tengah hari semuaaa..
dah makan..?
hari ni e-ra try resipi dari sini..
ayam goreng lada hitam..
perghhhhhhhhhhhh sedapppp..

al-maklumlaaa 
sejak kebelakangan ini e-ra tengah rajin nk mencuba resipi lak..
budak baru belajar masak~
hahaha..

jom try resipi ni:

Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam- di ptng kecil
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 batang kecil carrot- dipotong kecil
  • 8 batang kacang panjang -di potong pendek
  • minyak utk menumis
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam jika perlu
Bahan hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 btng cili merah
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, lada hitam dan kacau rata. Masak sehingga ayam lembut.
  3. Masukkan carrot dan kacang panjang . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.
  4. Masukkan kicap, sos tiram dan gaul rata.
  5. Masukkan sedikit air dan tambahkan garam jika perlu.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, tutup api dan bolehlah angkat dan hidangkan

(maaf..gambar x sempat diambil..tak sabar nak rasa..heee~)

NOTA KAKI:sape-sape ade resipi mudah untuk budak baru belajar?
jom share dekat e-ra..nak try! hehee~

singnature-2.png (300×100)

Wednesday, May 30, 2012

Segmen : Up followers blog dan twitter

hasil karya; E-ra paSha pada 3:51 PM 26 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 


nak join??
<picit sini>

BLOG
http://akulahe-rapasha.blogspot.com/ --> follower 1088

TWITTER
https://twitter.com/#!/EraPaSha --> follower 137

TAG
ss
syahmi

singnature-2.png (300×100)

banner baru hadiah dari mr jantung hati !

hasil karya; E-ra paSha pada 3:28 PM 3 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 

weeeee~
cube korang tengok
banner e-ra da berubahlah!!!
dulu e-ra buat yang cokia punya..
hahah abes simple kan?

so sekarang e-ra order je dari 

tq sooooo much!!
i love u soooo much!! hee~

jom tengok perkembangan banner-banner cikai e-ra kepada yang awesome macam sekarang..

Photobucket

Photobucket






yeeaaaa..
tu diaaa..
tQ soo much ye mr jantung hati...
jasamu dikenang~
love u full lor!

singnature-2.png (300×100)

#wordless wednesday : menara cinta kami

hasil karya; E-ra paSha pada 11:59 AM 2 000 orang nak tahu rahsie e-ra






NOTA KAKI:
teringin sangat nak pergi sini bersama mr. jantung hati ku~

singnature-2.png (300×100)

#wordless wednesday : cup cake buatan sendiri

hasil karya; E-ra paSha pada 11:41 AM 2 000 orang nak tahu rahsie e-ra


NOTA KAKI:
buatan E-RA PASHA SENDIRI!!!
khas untuk MR JANTONG HATI..
love him sooo much3!!
(da habis da dia makan semua)


singnature-2.png (300×100)

jom pikat hati perempuan

hasil karya; E-ra paSha pada 11:35 AM 1 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 
Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
  • Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
  • Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
  • Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
  • Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
  • Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.
  • Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
  • Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
  • Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
  • Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
  • Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!



  singnature-2.png (300×100)

30 perkara perempuan tak sempat beritahu !

hasil karya; E-ra paSha pada 11:32 AM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
perempuan ..
satu-satunya makhluk tuhan yang sangat sensitif..
pada pandangan e-ra perempuan ini sukar difahami oleh lelaki..
er btol tak?

tadi e-ra sempat mencari info dan terpandang satu info berkenaan dengan tajuk entry e-ra ni..
so jom e-ra kongsikan dengan korang semua..


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah merekameluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memangtak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

22. Satu ucapan ‘Hi/Assalamualaikum‘ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!! 

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 


NOTA KAKI:
hati wanita sangat lembut dan sukar untuk difahami..

singnature-2.png (300×100)

#wordless wednesday :

hasil karya; E-ra paSha pada 11:12 AM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 


NOTA KAKI:
pagi-pagi lagi mr jantong hati dah terpakse mendengar e-ra memekak nyanyi lagu ni..
sorry~
heee

  singnature-2.png (300×100)

Tuesday, May 29, 2012

kawan makan kawan!! fuhh saket~

hasil karya; E-ra paSha pada 8:05 PM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
selamat petang semua kawan-kawanku yang ada di muka bumi ini..
ok
petang ni jom kite bincang2 sikit pasal kawan makan kawan??

pada pendapat korang la kan..
ape jenis atau contoh orang yang suka makan kawan dia sendiri..
ape kat muka bumi ni dah habis nasi ka nak dimakan?


Dalam dunia ini kita akan mempunyai ramai kawan dan kawan-kawan ini pulak bermacam-macam perangai dan ragamnya. So, apa yang aku nak ceritakan ialah ciri-ciri kawan yang tak boleh pakai. Korang ceritakan jugak la.. tentu korang pun ada kawan-kawan yang jenis macam ini kan..

Kawan Yang Suka Makan Kawan
Boleh jadi kawan makan kawan ni ialah kawan lama korang yang makan sepinggan, tidur sebantal yang korang dah berikan kepercayaan sepenuhnya. Mungkin kerana seorang perempuan yang korang berdua sangat suka tetapi perempuan tersebut milih kawan korang. Tu korang tak puas hati dan korang burukkannya di belakang kawan korang tu.

Kawan Yang Macam Kawan Tapi Tak Boleh Dibuat Kawan
Boleh jadi kawan macma ini dia berbaik-baik dengan korang sebab pada satu masa nanti diorang boleh gunakan korang. Dia boleh menjadi kawan rapat, bila susah dia cari korang tapi bila senang dia akan hilang buat sementara.

Kawan Yang Tak Reti Bahasa
Kawan yang tak reti bahasa ini sebenenarnya dia faham apa yang korang cakap tapi dia buat bengap atau bodoh seperti tak paham. Contohnya, harta kita dia buat macam harta dia sendiri atau dah la tumpang almari baju lepas tu ngan baju-baju kita dia sarung sekali.

Kawan Yang Kedekut
Kawan yang kedekut taik hidung masin. Apa sahaja pun berkira walaupun duduk serumah. Lima sen pun nak berkira payah la. Jangan harap la korangan nak merasa dia belanja makan.

Kawan Yang Klepet Kawan
Kawan yang suka memintam barang-barang korang dan kata nak pulangkan tapi bila dah pinjam dia tak reti langsung nak pulangkan. Bila korang mintak pun dia buat muka tak bersalah aje.

Kawan Yang Suka Tipu Kawan
Dia bercerita seperti dia tidak bersalah langsung tapi rupanya cerita tu cuma nak meraih simpati korang agar ada orang percayakannya, padahal yang bersalah adalah dia.

Kawan Mengata Kawan
Kawan yang korang percaya sangat dengan dia tap idepan korang dia sokong je apa korang buat (yang baik la) tapi rupanya bila korang takde dia mengata dan mengutuk korang yang macam-macam, serupa talam dua muka.


kawan irihati dengan kawan..
sebagai contohnya..
apabila kawan dia berjaya...dia akan timbul perasaan cemburu dan mula melakukan apa saja untuk mengalahkan semula kawannya itu..
issh ishhh..
apa salahnya kalau kawan kita tu dah berjaya kita support dia..
kita boleh tumpang gembira kan?

dan yang lebih hot tersangt hot adalah,.
kawan kebas pasangan kawan..
ini selalu kite dengar kn?lagi2 dekat FB..
ishhh3
macam..
pasangan kawan pon nk kebas jugak ke..
cuba kalo kawan tu poulk yg kebas psngn korng..haaaa
bru la berbalooiiiii-baloooiiiii haha..

PESANAN KEPADA DIRI SENDIRI:
kita kena pandai pilih kawan..
sebab ramai kawan yang boleh memudaratkan kita..
dalam dunia ini kita tak boleh nk teka hati setiap orang..
rambot je sama hitam ..hati manusia lain..
pilih kawan yang boleh bantu kita..
sentiasa berada disisi walaupon susa..
insyallah kita tidak akan dimakan kawan itu..

PESANAN KEPADA KAWAN:
tolong la jadi kawan yang baik..
korang tak takut ke kalau ade kawan korang yang lebih kejam akan buat kt korang?
ingat!!
setiap yang dilakukan pasti akan mendapat balsan..
jika yang korang tanamkan baik..
maka baiklah yang akn korang tuai nantinya..
dan sebaliknya~..


NOTA KAKI:
sahabat yang baik adalah untuk sahabat yang baik..
berkawan biar beribu..bercinta biar satu..

keburukkan lebih gula | tapi aku suke jgk!

hasil karya; E-ra paSha pada 1:31 PM 2 000 orang nak tahu rahsie e-ra
Berpaksikan laporan daripada Kementerian Kesihatan, setiap rakyat Malaysia telah mengambil gula sebanyak 47 kg pada tahun 2010.  Secara analogi, rakyat Malaysia mengambil gula terlampau banyak jika berbanding dengan negara jiran dan negara maju. Sebagai contoh, rakyat Jepun hanya mengambil gula sebanyak 18 kg  setahun sahaja.  Ketika harga gula dinaikkan daripada RM1.60 tahun 2009  hingga RM 2.40  pada Mei 2011, rakyat Malaysia terkilan dan merungut atas kenaikan harga gula sehingga berasa runsing.  Padahal, masyarakat kita perlu  menyedari kesan negatif tentang pengambilan gula secara berlebihan.
Sesungguhnya, gula merupakan diet yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Tanpa disedari, banyak orang suka makan makanan atau minuman yang sangat manis. Sebaliknya gula merupakan glukosa yang boleh menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh sehingga menyebabkan obesiti dan penyakit diabetes. Jika kita sentiasa mengambil makanan yang manis, kita berpeluang besar untuk menghidap penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis.  Setakat ini, belum ada lagi ubat yang dapat merawat penyakit diabetes hingga pulih sepenuhnya. Pesakit diabetes di negara kita pun telah meningkat secara drastik dan mendadak,  iaitu  ada sebanyak 3 juta orang rakyat Malaysia telah dikenal pasti sebagai pesakit diabetes.  Lebih-lebih lagi pesakit diabetes semakin muda. Hal ini memang membimbangkan. Senario ini bersangkut paut dengan penduduk Malaysia yang suka makan kuih-muih, juadah, makanan ringan dan minuman ringan yang manis. Pesakit diabetes yang kronik akan mengalami keratan anggota badan, terutamanya kaki, kerosakan buah pinggang dan kerosakan penglihatan malah mengalami maut. Ternyata gula bagai racun yang dapat menjejaskan kesihatan secara anjakan.
Ada kalanya kanak-kanak yang nakal sering dimarahi atau dipukul oleh ibu bapa mereka. Adakah ibu bapa atau guru pernah mengkaji tentang penyebab budak itu nakal dan tidak dapat menumpukan perhatian atau memasang telinga di dalam kelas? Adakah anda pernah terlintas dalam otak anda bahawa kenakalan seseorang budak ada kaitan dengan pengambilan gula secara berlebihan? Menurut pakar perubatan,  pengambilan gula secara berlebihan boleh menjejaskan pertumbuhan otak seseorang kanak-kanak. Hal ini akan mengganggu saraf mereka sehingga menjejaskan keseimbangan hormon. Setelah dikaji oleh ahli sains, pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan  kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal. Kanak-kanak berkenaan juga akan rasa mengantuk , kurang cergas bahkan menjejaskan pencapaian pelajaran mereka. Malangnya budak yang sedemikian selalu digelari sebagai budak yang “nakal”.  Oleh itu, ibu bapa harus memastikan bahawa mereka tidak lagi menggunakan gula-gula dan aiskrim yang manis untuk memujuk anak kecil yang menangis sehingga mereka ketagihan gula.
Dalam konteks ini, kerajaan terpaksa menanggung beban yang tinggi akibat daripada rakyat kita yang suka mengambil  makanan dan minuman yang manis.  Saban tahun, kerajaan kita terpaksa memperuntukkan 1 bilion ringgit untuk memberikan subsidi dalam gula, iaitu kira-kira 1.2 juta tan metrik gula. Selain itu, negara kita terpaksa mengimport berbilion-bilion ringgit gula dari negara lain. Walhal wang tersebut boleh digunakan untuk pelbagai pembangunan, terutamanya membasmi kemiskinan di luar bandar.  Bukan itu sahaja, Kementerian Kesihatan terpaksa memperuntukkan berjuta-juta hingga berbilion-bilion ringgit dalam perubatan, khususnya penyakit diabetes. Ubat prioriti tentang penyakit diabetes adalah insulin dan kos perubatannya adalah sangat tinggi. Akibat pengambilan gula yang terlalu banyak telah menjejaskan defisit ekonomi negara. Hal ini adalah tidak berbaloi.
Seperti peribahasa, “mencegah lebih baik daripada mengubati”, kita perlu mengambil tindakan  segera sebelum nasi menjadi bubur.  Untuk menangani masalah tersebut semakin kritikal, kerajaan kita perlu mengadakan kempen secara besar-besaran di seluruh negara untuk mencelikkan minda rakyat kita agar mengurangkan pengambilan gula. Masyarakat kita perlu dimaklumkan tentang risiko pengambilan gula secara berlebihan. Media massa sebagai medium yang paling signifikan untuk menyalurkan pengetahuan tentang keburukan mengambil gula. Melalui ceramah, iklan,  dokumentari, dan rencana, rakyat kita dapat disedarkan supaya meminimumkan pengambilan gula. Rakyat kita bukan sahaja perlu mengelakkan  makanan atau minuman ringan yang manis tetapi juga perlu mengurangkan gula dalam masakan mereka. Oleh itu,  kempen kesedaran yang berkala sangat penting untuk memperingatkan masyarakat kita supaya mengurangkan pengambil gula.
Selain itu, salah satu prakarsa yang dominan untuk membendung rakyat kita mengambil gula secara berlebihan adalah memansuhkan subsidi terhadap harga gula di pasaran tempatan. Kerajaan harus  berani menghadapi tekanan politik dengan membuat tindakan yang drastik demi kebaikan rakyat dan negara dalam jangka masa panjang.  Setelah memansuhkan subsidi, harga gula akan mengikut pasaran dunia. Harga gula pasti akan menjulang sehingga orang ramai berasa beban untuk menggunakan gula. Secara spontan, rakyat kita pasti akan mengurangkan penggunaan gula dalam rutin hidup mereka. Kerajaan juga hendak melarang produk susu pekat dan melarang semua kantin sekolah menjual minuman ringan kepada pelajar. Syarikat makanan dan minuman harus diberikan piawaian supaya mengurangkan glukosa dalam kandungan produk mereka. Rakyat Malaysia tidak boleh lagi dimanjakan  sehingga mengambil gula secara berlebihan tanpa disedari gara-gara diberikan subsidi.
Secara intihanya,  kerajaan perlu bertindak secara bijaksana untuk menangani masalah ini, seperti peribahasa,”menarik rambut dalam tepung”. Jika rakyat kita masih dibiarkan dengan mengambil gula secara berlebihan, kesihatan rakyat Malaysia akan terjejas sehingga mengganggu perkembangan sosioekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia perlu mentransformasikan mentaliti dan gaya hidup mereka. Kita perlu mengaplikasikan umpama memeras nyiur, santan diambil hampas dibuang, iaitu mengamalkan tabiat yang positif dan menjauhi amalan yang negatif. Insya-Allah, rakyat sihat negara maju 

curi dari sumber

memang semua orang tahu akan keburukan gula kan?
tapi kite semua tidak boleh lari dari GULA..

sama macam e-ra juga..
suka sangat dengan gula
terutama gula-gula~
hahaha..
bukan budak-budak je ye yang suka..
kakak budak pon suka..
ok nak tahu gula apa yang e-ra suka makan?
lihat gambar dibawah:


yeahh lolipop..
hee..
sedap..
tq kepada mr jantong hati yang sudi menyumbangkan lolipop ini untuk e-ra..
heee~


NOTA KAKI: 
era tahu keburukan gula tp tetep suka jgk !~
 

Tuesday, May 22, 2012

care mintak maaf pada pasangan menurut e-ra pasha..

hasil karya; E-ra paSha pada 10:56 PM 1 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 

memohon maaf mungkin menjadi sukar sekiranya pasangan anda itu agak "keras kepala"..
sebenarnya..
ia bergantung pada keikhlasan hati anda ketika meminta maaf..
jangan risau..
jika kena caranya..
anda akan dimaafkan..

FIRSTLY,korang mestilah mengakui kesilapan yang korang dah lakukan..
dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi..
ingat!! ucapkannya dengan penuh kejujuran..
mungkin dengan cara ini.. 
pasangan korang akan melihat kejujuran korang meminta maaf =)

SECONDLY,kalau korang ni jenis yang tak berani nak mengakui kesilapan depan-depan..
korang boleh hantar sms maaf yang mengandungi ayat jiwang atau ayat cinta..
dan jangan lupe nampakkan rasa bersalah anda..
sekurang-kurangnya..korang x lah biarkan pasangan korang tidur dengan angin satu badan malam tu kan? hehe..

THIRDLY, sila bagi masa pada pasangan korang..
biarkan dia berfikir dengan jernih..
era yakin..mungkin bila dia sedang marah2..
tambah plk dengan ayt mengada-ngada korang..
perghh konfem makin marah la pasangan korang tu..
so bagi dia relax..tenang..baru korang start bincang..

belikan hadiah untuknya..
ni hanya alternatif dan inisiatif korang saja..
mungkin ada pasangan yang mudah "sejok" bila dapat surprise!
kan3?
haha..korang mungkin boleh bagi makann kesukaannya..
or ape2 saja yang dia suka..
tak perlu mahal tapi cukup menunjukkan keseriusan korang untuk mendapatkan kemaafan darinya~

LASTLY,
dengar respond pasngan korang dengan teliti..
jangan menambahkan kemarahannya/kekecewaannya dengan menyalahkannya/memarahnya semula.
tawarkan diri untuk memperbaiki diri korang!..jangan lah ego sangat..
nak maafkan? hee..
dan apabila sudah mendapat kemaafan..
lupakan masalah yang berlaku..
jadikannya sebagai pengajaran dan tidak akan mengulanginya lagi!!..




 

ayat-ayat untuk pasngan korang~

hasil karya; E-ra paSha pada 10:29 PM 1 000 orang nak tahu rahsie e-ra
jom try usha ayat kat bawah ni..
yang mane best tu sila lah gunakan untuk pasangan korang..
semoga semua sentiasa happy disamping yang tersayang~

*Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I..

* Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

* I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang 

* Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

*Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta..

*
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

*Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.




 

SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS

hasil karya; E-ra paSha pada 1:55 PM 12 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 
hari ni e-ra nak join segment ni plk..
jom ramai2 join??




 

Friday, May 18, 2012

bila hati ini kau sakiti !!

hasil karya; E-ra paSha pada 6:12 PM 0 000 orang nak tahu rahsie e-ra
 

sesakit mane pon hati seseorang perempuan itu disakiti oleh yang tersayang , mungkin akan ada kemaafan yang akan diberi seandainya cinta nya sangat tulus terhadap lelaki tersebut . sukar untuk seseorang perempuan itu melupakan cinta yang dianggap agung baginya . namun , hanya dianggap sampah oleh si lelaki . 

sesakit mane pon hati seseorang perempuan itu disakiti oleh yang tersayang , mungkin dia akan terus mengejar cinta yang tak pasti dari si lelaki . cinta yang dipuja itu akan terus dipuja tanpa rasa putus asa . tanpa sekelumit pon rase ingin mengalah . siapa kata perempuan lemah ? 

sesakit mane pon hati seseorang perempuan itu disakiti oleh yang tersayang , mungkin die akan terus menghantar SMS , walau sekadar ucapan 'selamat malam' atau 'selamat pagi' kepada si lelaki . bukan untuk menggangu tapi rasa ingin tahu yang tinggi . 

sesakit mane pon hati seseorang perempuan itu disakiti oleh yang tersayang , mungkin die akan terus mengikuti perkembangan terkini si lelaki . walaupun ia cuma menambahkan kepedihan apabila melihat si lelaki bersama yang lain , tapi itulah cara die mengubat hatinya . 

sesakit mane pon hati seseorang perempuan itu disakiti oleh tersayang , mungkin die hanya mampu memendam segala kedukaan di dalam hati nya . segala tangis dan luka tidak sesekali dipamerkan di wajah . kerana die tidak mahu kelihatan lemah di mata insan yang di cintai . die tidak mahu meraih cinta si lelaki atas rase belas . bukan itu pintanya . 





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

akulah E-ra paSha*_* Copyright © 2012 Design and Graphic by E-ra Pasha Template