Thursday, May 31, 2012

menu tengah hari : ayam goreng lada hitam by e-ra pasha

hasil karya; E-ra paSha pada 12:06 PM

selamat tengah hari semuaaa..
dah makan..?
hari ni e-ra try resipi dari sini..
ayam goreng lada hitam..
perghhhhhhhhhhhh sedapppp..

al-maklumlaaa 
sejak kebelakangan ini e-ra tengah rajin nk mencuba resipi lak..
budak baru belajar masak~
hahaha..

jom try resipi ni:

Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam- di ptng kecil
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 batang kecil carrot- dipotong kecil
  • 8 batang kacang panjang -di potong pendek
  • minyak utk menumis
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam jika perlu
Bahan hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 btng cili merah
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, lada hitam dan kacau rata. Masak sehingga ayam lembut.
  3. Masukkan carrot dan kacang panjang . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.
  4. Masukkan kicap, sos tiram dan gaul rata.
  5. Masukkan sedikit air dan tambahkan garam jika perlu.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, tutup api dan bolehlah angkat dan hidangkan

(maaf..gambar x sempat diambil..tak sabar nak rasa..heee~)

NOTA KAKI:sape-sape ade resipi mudah untuk budak baru belajar?
jom share dekat e-ra..nak try! hehee~

singnature-2.png (300×100)

2 000 orang nak tahu rahsie e-ra:

aidajusoh on May 31, 2012 at 12:30 PM said...

waah!rajin masak :)

Unknown on May 31, 2012 at 1:26 PM said...

sedapnya kalau ada orang tolong msakkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

akulah E-ra paSha*_* Copyright © 2012 Design and Graphic by E-ra Pasha Template