lelaki tak pernah paham hati wanita??
itu yang selalu kita dengar kan??
namun sebenarnya adkah lelaki tahu apa sebenar disebalik hati wanita??
hari ni era nak kongsikan dengan korang semua serba sedikit tentang hati perempuan..
#Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
#Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
#.Wanita sukar nak mencari perkara yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.
# Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
# Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat! fuhh dasyat!
#Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.
#.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
#.Bagi wanita Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
#Perempuan suka ambil masa dan bersiap lawa-lawa bila nak keluar dengan buah hati mereka. Mostly sebab apa? Sebab mereka tak mahu teman lelaki mereka rasa malu ada teman wanita yang selekeh serabai untuk jalan seiring bersama-sama.Mereka mahu teman lelaki mereka rasa bangga mempunyai teman wanita yang pandai jaga penampilan diri.
#.Bila nak dating dan perempuan tu datang lambat, lelaki cenderung untuk marah. Tetapi apa yang sebenarnya lelaki tak tahu ialah betapa sukarnya seorang perempuan untuk buat keputusan nak pakai baju apa? Warna apa eh harini? Hurmm, nak macam sweet-sweet ke, cute-cute ke, elegen eh? Nak pakai macam mana kasi dia suka? Kena iron ke tak baju ni?Alamak, koyak sikit, kena jahit ni! Lepas tu si perempuan mestilah nak bermekap sikit kasi nampak comel lote fresh gitu. Tapi adakah lelaki faham? Selain kena marah sebab lambat, takde pujian langsung dari pakwe tersebut biarpun dah susah payah bersiap. Padahal pujian dari yang tersayanglah yang paling diharap-harapkan oleh si perempuan.
#.Perempuan sekeras-keras mana pun hati dia tetap ada satu bahagian yang lembut dan sensitif. Kalau dia merajuk pujuk lah. Janganlah ego sangat. Ada juga perempuan yang suka merengek-rengek manja (atau gedik la senang cerita) ni nak perhatian lebih la ni. Lain perempuan lain cara dia inginkan perhatian. Jadi, kenalilah teman wanita anda sebaiknya.
#.Kalau bergaduh, perempuan biasanya memerlukan masa untuk sejuk dan berbincang. Berbeza dengan lelaki. Kalau boleh waktu tu jugak nak setelkan masalah. Haa perempuan apa lagi, dahla marah belum reda, nanti entah apa yang keluar dari mulut si perempuan. Kebanyakan apa yang dikatakan ketika marah itu selalunya akan dikesali sejurus selepas cakap So lelaki, biarlah perempuan cool down dulu.Ishh,ni tak menyempat-nyempat.
#Kalau teman wanita kamu tiada mood atau marah-marah dan suruh tinggalkan dia sorang-sorang percayalah, sebenarnya dia mahukan kamu tanya baik-baik, lembut-lembut..kenapa dia takde mood,marah. Kalau kamu betul-betul tinggalkan dia sorang-sorang. Heh! Memang lagi kepala angin la teman wanita kamu kerana sewaktu dia ada masalah, kamulah sebenarnya tempat yang tepat untuk luahkan masalah. Lainlah kalau dia ada masalah dengan kamu, mestilah dia nak luahkan pada kawan-kawan dia.
NOTA KAKI:
bukan senang nak faham hati wanita..
tapi percayalah hati wanita terlalu lembut dan mudah untuk dimiliki andai lelaki tahu caranya..=)
0 000 orang nak tahu rahsie e-ra: