Wednesday, June 6, 2012

#menu petang: PUDING PELANGI BEROTI

hasil karya; E-ra paSha pada 5:09 PM
 
selamat petang semuaaaaa..
alhamdulillah petang ni e-ra diberi kerajinan lagi untuk cuba resipi baru lagi!!
yeaaa~
heeee..

ok jom try..
senang je nak buatnya~


Bahan-bahan

* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 8gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
* 1/2 cawan gula
* 2 sb butter/marjerin dicairkan
* 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
* pewarna merah, hijau dan kuning (terpulang nak letak warna apa2)

Cara membuatnya:
  1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bhgn, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
  5. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan setiap adunan sekata.
  6. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna kuning, sesenduk warna hijau dan sesenduk warna merah, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
  7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

ini hasilnya:

NOTA KAKI:
oleh kerana masa buat kuih ni jiwa tak tenteram..e-ra pon lupa nak kire air tu berape cawan..
so rasenye macam e-ra terlbh air kot..hee agak terlmbik sikit..
tapi naseb baik still sedappppp~
(da tinggal separuh je)

singnature-2.png (300×100)

1 000 orang nak tahu rahsie e-ra:

mayangbakingmadness on June 6, 2012 at 5:49 PM said...

walaupun nampak lazat lagi2 makan sejuk2..... wa.wa.. nak wat gak ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

akulah E-ra paSha*_* Copyright © 2012 Design and Graphic by E-ra Pasha Template