Saturday, July 30, 2011

Ambang Ramadhan ,,.

hasil karya; E-ra paSha pada 9:45 PM
ASSALAMMUALAIKUMM!!!

Sabda Rasulullah s.a.w 
" Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu syurga..
& d tutup pintu neraka
serta diikat syaitan "

Riwayat Bukhari & Muslim
" wahai Abu zar,tidak dinamakan seseorang itu berakal jika akalnya tidak digunakan untuk berfikir
& tidak ada usaha yang paling di anggap bermanfaat melainkan berakhlak mulia"

entry kali ini..
e-ra nak kongsikan dengan korang semua..
serba sedikit tentang puasa..
memang semua dah tahu..
tapi e-ra hanya untuk mengingatkan sahaja..

konsep puasa
puasa dari segi istilah : menahan diri dari makan dan minum,dan dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat pada malam harinya

Kutamaan orang yang berpuasa
  1. Allah memerintahkan malaikatnya supaya hanya mencatat hanya kebaikan sahaja dan tidak mencatat kelakuan buruk orang yang berpuasa..
  2. Rasulullah bersabda yang bermaksud :
syurga itu merindui 4 golongan:
* orang yang membaca al-quran..
*orang yang menjaga lidahnya..
*orang yang memberi makan kepada orang yang lapar..
*orang yang berpuasa di bulan ramadhan..

Syarat wajib puasa
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Bebas dari uzur syarie:
*haid
*nifas
*pitam sepanjang hari
*sakit yang memudaratkan
*perjalanan jauh melebihi 2 marhalah
*tak mampu berpuasa kerana tua/sakit yang tiada harapan sembuh

perkara-perkara yang membatalkan puasa
  • Makan dan minum dgn sengaja..
  • Haid..
  • Muntah dengan sengaja..
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka..
  • Pitam sepanjang hari..
  • Gila walaupun sekejap..
  • Murtad..
  • Bersetubuh disiang hari..
  • Melahirkan anak..
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja..
Adap berpuasa
  • Tidak meludah berlebihan..
  • Tidak menghabiskan waktu dengan perkara sia-sia..
  • Tidak melihat perkara yang haram..
  • Tidak mendengar sesuatu yang haram..
  • Tidak pergi ketempat maksiat..
  • Tidak boros BERBELANJA ketika BERBUKA..


Ya Allah..berkatilah diriku serta keluarga ku di bulan ramadhan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini..
 
SALAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG AKAN DATANG..
SEMOGA RAMADHAN KALI INI AKAN LEBIH BAIK DARI RAMADHAN SEBELUMNYA..
DAN MENJADI BERKAH UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA..
AMIN!!

salam ambang ramadhan :
 

3 000 orang nak tahu rahsie e-ra:

adan on July 30, 2011 at 11:57 PM said...

rasa macam disekolahkan semula.. btw thanks untuk peringatan.

Unknown on July 31, 2011 at 11:11 AM said...

nice entry!

solomolo on July 31, 2011 at 10:21 PM said...

Salam Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

akulah E-ra paSha*_* Copyright © 2012 Design and Graphic by E-ra Pasha Template