ASSALAMMUALAIKUM!!
tadi mase e-ra bertugas e-ra ade la ternampak majalah sekolah edisi 2009..
mase 2 e-ra form 3..
saje2 la kan nak tengok pic mase kecik2 dulu..
then..
selak punye selak..(selak buku ekh)
e-ra ade terpandang 1 page..
tajuk dia.. NASIHAT UNTUK SEMUA..
e-ra sangat tertarik dengan isi kandungan nya..
so hari ni e-ra nak share dengan korang semua pasal NASIHAT tersebut..
suatu hari..
IMAM AL-GHAZALI,
berkumpul dengan murid-muridnya..
lalu beliau bertanya:
imam al-ghazali: Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini??.
murid 1: orang tua
murid 2: guru
murid 3: teman
imam al-ghazali: semua jawapan itu benar,tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI..
sebab itu adalah janji Allah s.w.t bahawa setiap orang pasti akan mati..(surah al-imran:185)
imam al-ghazali: Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini??
murid 1: bulan
murid 2: matahari
murid 3: china
imam al-ghazali: semua jawapan itu benar,tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU.
oleh itu,kita harus menjaga hari ini,hari esok & hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama..
imam al-ghazali: Apakah yang paling besar di dunia ini??
murid 1: gunung
murid 2: matahari
murid 3: bumi
imam -ghazali: semua jawapan itu benar,tetapi yang paling besar adalah HAWA NAFSU.
(surah Al-asyraf : 179).
maka kita harus hati2 dengan hawa nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa keneraka..
imam al-ghazali: Apakah yang paling berat di dunia ini?
murid 1: besi
murid 2: gajah
murid 3: rumah
imam al-ghazali: semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.
(surah al-azab:72)
imam al-ghazali: Apakah yang paling ringan di dunia ini?
murid 1: kapas
murid 2: debu
murid 3: angin
imam al-ghazali: semua jawapan itu benar,tetapi yang paling ringan adalah MENINGGALKAN SOLAT .
Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia,kita meninggalkan solat..
imam al-ghazali: Apakah yang paling tajam di dunia ini?
semua murid: murid2 dengan serentak menjawab mata pedang!!
imam al-ghazali: ya memang benar,tetapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA..
kerana melalui lidah,manusia dengan mudah nya menyakiti hati&melukai perasaan
SAUDARANYA SENDIRI!!
***********************************
e-ra harap kite semua dapat muhasabah diri..
ape yang tak betul 2..
kite betulkan..
ape yang dah betul 2..
kite kekalkan..
semoge kite menjadi insan yang sentiasa di redhai oleh-Nya..
AMIN..
sama2 lah kita memohon KEAMPUNAN kepada-Nya
kerana semua manusia pasti melakukan dosa..
(kucing pon mitak maaf..kita bagaimana?????)
dan sentiasalah BERSYUKUR atas apa jua nikmat yang dikurniakan kepada kita semua..
mohon ampun dan maaf..entry muhasabah ini hasil taip'an:
2 000 orang nak tahu rahsie e-ra:
nice...peringatan yg menarik..
anyway, suke pic kucing tu...^^
insyaAllah.. sama2 la kita mengingati diri..